PENGAJIAN MALAYSIA
Monday, 13 October 2014
Saturday, 13 September 2014
Monday, 18 August 2014
FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERPADUAN DAN KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA
1. PERISTIWA 13 MEI
Disediakan
Oleh Nurul Aziera Abdul Ghani (
07DAT14F1001 )
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku
secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan
suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah
Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya
telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969,
calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.Parti
Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami
kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.
Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat
(Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun
1969.Parti Perikatan telah
kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik(DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12
kerusi.
Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah
daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula
apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan
ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada
tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa
merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat
penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan.
Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan
menyapu (‘menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai
konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas
lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Akibat daripada rusuhan maut
tersebut, kesesakan jalan raya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong,
kematian seorang Cina akibat
sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan
kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina
Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku
Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan
kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur. Tapi
permohonan maaf sudah terlambat.UMNO
telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan
terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan
kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah
Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor
ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul
telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk
mengamuk. Ketika berkumpul, cerita-cerita
tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang
datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak,
hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang dua
penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah
dipancung.Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah
bertindak balas.
Mereka membunuh orang-orang
Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini
lengkap dengan pelbagai senjata besi, dan lembing berparang
di hujung seperti dalam filem lama Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah
darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih
awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Pasukan FRU di
keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil
alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak
orang-orang Melayu dan
ini menyebabkan kemarahan orang semakin meluap-luap. Menurut laporan,
ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu
yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri
mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das
turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. Akhirnya
Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar-askar Melayu turut
masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang
berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan
dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada
rakaman televisyen, beberapa
pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun,
sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah
bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam
bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah
dua orang Askar Melayu yang
tinggal di Sungai Ramal,Kajang. Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di
Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan
berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang
Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .Abdul Rafai
Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur
turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka
pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah
terbunuh di atas jalan.
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah
mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama
diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah
seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan
penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris
telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem
ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Seperti dinyatakan pergaduhan
tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia
merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di
negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh. Pergaduhan ini
bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihan raya
(perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala
Lumpur sahaja.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati,
439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah
menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar
seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku
Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik
Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00
malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam
tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Negara diisytiharkan darurat pada
malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk
di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman
dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan
itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu”
(“Malay Dilemma“) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan.
Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan
Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat dikawal
dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian
termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah
diciptakan.Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia
tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan
kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka
sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan
semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan
Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk
bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah
ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang
lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi,
pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera)
mendapat tafsiran semula.
Kesimpulannya, pada masa itu, 13 Mei sangat memberikan kesan
yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak juga
terlibat sama. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan dalam
merealisasikan hasrat sebenar kesemua kaum yang tinggal di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)