Politik
berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu iaitu
parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan
kepentingan dan kebajikan kaum tersebut.Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga
kepentingan orang Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan
tanah air atau negara.Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga
kepentingan bumiputera lain.MCA ditubuhkan bagi menjaga kepentingan kaum Cina
di negara ini.Demikian juga MIC yang menjaga kepentingan kaum India.Parti-parti
ini bukan sahaja memperjuangkan kepentingan kaum masing-masingTerdapat juga
parti-parti yang membuka keahlian kepada semua bangsa tetapi asas perjuangan
mereka masih tertumpu kepada kaum mana yang mendominasi parti politik tersebut.
Kita lihat sungguhpun DAP terbuka keahlian kepada semua namun asas perjuangan
mereka masih lagi tertumpu kepada kepentingan orang Cina/Demikian juga Pas yang
terbuka kepada semua orang Islam tetapi ia masih berasaskan politik Melayu.
Gerakan juga sungguhpun parti multi racial
tetapi masih bersikap parti orang Cina.Politik berasaskan kaum lebih merupakan
politik tolak ansur antara kaum yang dipraktikkan dalam negara berbilang kaum
dan agama seperti di Malaysia.Politik ini berjaya mengelakkan pertumpahan darah
dan konflik antara kaum yang berlaku di banyak negara-negara pelbagai kaum lain
seperti di negara-negara balkan suatu ketika dahulu.Politik berasaskan kaum
tidak menindas mana-mana kaum atau mengambil hak mana-mana kaum mahu pun
mengenakan sebarang tindakan mendiskriminasi mana-mana kaum.Misalnya hak-hak
istimewa melayu, kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu
merupakan sebahagian tolak ansur dan power bargain kemerdekaan yang turut
memberikan hak kerakyatan, hak mengundi, hak mengamalkan adat istiadat dan
budaya serta pendidikan berasaskan bahasa-bahasa kaum lain. Justeru ia tidak
boleh dilihat sebagai tindakan satu kaum menindas kaum lain.DEB juga bukan satu
polisi perkauman tetapi merupakan polisi berasaskan kaum demi kepentingan
sosial.Contoh,peruntukan 30% ekuiti bumiputera, biasisiwa dan kuota universiti
untuk bumiputera tidak merampas hak kaum lain.Ini kerana jumlah yang
diperuntukan lebih kecil atau setara daripada jumlah penduduk bumiputera di
negara ini.DEB juga tidak pernah melakukan perampasan harta bukan Melayu untuk
dijadikan harta kaum Melayu.
Politik
berasaskan kaum ini tidak pernah menindas mana-mana kaum bukan peribumi dari
mencapai kedudukan,kuasa mahu pun penguasaan ekonomi. Bahkan politik berasaskan
kaum seperti di Malaysia ini telah melahirkan ramai jutawan dari kaum cina dan
india.Ini jelas berbeza dengan politik perkauman yang melakukan tekanan,dan
diskriminasisecara sistematik bagi menaikkan bangsanya dengan memusnahkan
bangsa lain.Tiada apa yang perlu digundah gulanakan apabila kita dilabelkan
pejuang bangsa.Yang kita khuatir ialah jika perjuangan bangsa digunakan untuk
memusnahkan bangsa lain.Ini kerana politik menjaga kepentingan kaum tertentu
ini diikuti oleh tolak ansur dan persefahaman yang akhirnya menghasilkan
situasi menang-menang kepada semua kaum.Memang secara idealnya politik yang
tidak berasaskan kaum merupakan satu hujah akademik. Namun realitinya ia tidak
seindah digambarkan.Ia akhirnya akan menjadi keadaan di mana kaum yang kuat dan
gagah dari segi ekonomi membolot segala kekayaan dan keselesaan manakala yang
lemah dan kurang kekuatan akan terus ketinggalan.
No comments:
Post a Comment