Esei ini akan membincangkan dengan lebih
lanjut mengenai politik perkauman yang diamalkan oleh negara Malaysia dan
transformasi politik yang telah berlaku di Malaysia kebelakangan ini.Politik
perkauman bermaksud politik yang berunsurkan memperjuangkan sesuatu etnik atau
kepentingan sesuatu kaum sahaja.Politik perkauman adalah bersifat racist kerana
parti politik yang memperjuangkan idelogi ini terlalu melebihkan sesuatu kaum
daripada kaum lain. Perkongsian kuasa hanyalah sekadar nama dan jenama yang
sudah lama tidak dipraktikkan. Realiti politik di Malaysia pula sememangnya
amat sukar untuk elak daripada isu dan politik perkauman.Di Malaysia amnya
parti yang telah lama mendominasi kerajaan iaitu Barisan Nasional semakin hilang
populariti bukan kerana ideologi mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat
tetapi hakikatnya idelogi mereka telah dirosakkan oleh mereka sendiri.Ideologi
dan prinsip asal politik perkauman adalah perkongsian kuasa yang adil dan
seimbang. Namun begitu,apabila masyarakat sendiri melihat perkongsian ini sudah
tidak lagi seperti idea penubuhan asas apabila hanya kaum tertentu yang jauh
lebih daripada kaum-kaum lain dalam gabungan ini maka idelogi asas mereka sudah
dicacatkan.
Keadaan
ini menyebabkan masyarakat zaman moden melihat politik perkauman adalah satu
politik tanpa ideologi. Mereka adalah generasi baharu yang melihat situasi
terkini dan tidak mampu untuk merasai idea penubuhan asas yang dicetuskan sejak
zaman nenek moyang mereka.Hakikat ini tidak sahaja berlaku kepada parti Barisan
Nasional,malahan turut berlaku kepada parti-parti yang ada di Malaysia.Sebagai
contoh,Parti tindakan demokratik(DAP) walaupun perjuangan parti ini tidak
berasaskan kaum,namun parti ini didominasi oleh kaum cina dan masih memperjuangkan
hak orang cina.Ini jelas menunjukkan bahawa parti ini masih mengutamakan
kepentingan sesuatu kaum.Esei ini juga akan membincangkan mengenai transformasi
politik yang telah dilakukan oleh golongan-golongan elit atau golongan yang
memerintah.Sejauh mana peranan elit ini dalam melakukan transformasi politik di
Malaysia amnya.Adakah perubahan-perubahan yang di dilakukan dalam transformasi
satu perubahan politik semasa yang mengikut peredaran zaman atau satu tuntutan
dan desakan oleh sesetengah pihak.
No comments:
Post a Comment